Tuesday 1 November 2011

PERALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK PROSES SOLDERING

PERALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK PROSES SOLDERING

Sebelum melakukan proses soldering atau desoldering, peralatan-peralatan yang hendak digunakan haruslah disediakan terlebih dahulu. Diantaranya ialah:

1.    Soldering Iron
2.    Solder Lead
3.    Desoldering Tool (sucker)
4.    Flux
5.    Soldering stand

Soldering Iron
Dalam kerja-kerja elektronik, soldering iron yang mempunyai kuasa 20 – 200W paling sesuai digunakan. Soldering iron biasanya menggunakan sumber elektrik AC atau DC dan tahap kepanasannya di antara 200 – 350˚C. Tip pemanasnya dibuat daripada kuprum merah kerana,
a)    Boleh menyimpan haba panas dengan lebih lama
b)    Solder lead boleh melekat padanya
c)    Boleh ditempa mengikut bentuk yang dikehendaki.
  
Solder Lead
Suhu cair solder lead adalah lebih rendah daripada bahan/komponen yang hendak dipateri. Solder lead adalah campuran 2 jenis logam yang boleh dibahagikan kepada 3 gred, iaitu:
a)    Soft solder – 60% Tin + 40% Lead
b)    Medium solder – 50% Tin + 50% Lead
c)    Hard solder – 40% Tin + 60% Lead
Biasanya tahap kepanasan untuk mencairkan solder lead adalah di antara 180 – 188˚C.

Desoldering Tool (Sucker)
Alat yang digunakan untuk membuang solder lead yang tidak dikehendaki dengan cara menyedut. Dilakukan apabila hendak gantikan satu komponen dengan yang baru. Boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan ada yang boleh dikendalikan secara manual atau elektronik.

Flux
Flux digunakan untuk mengelakkan tindakan oksid di permukaan logam apabila suhu logam menjadi tinggi. Ianya juga mempercepatkan proses pematerian dengan melekatkan solder lead di permukaan logam. Flux adalah bahan kimia oksid yang tidak mengandungi oksigen dan memindahkan butir-butir oksid daripada sambungan semasa memateri. Ada 2 jenis flux yang biasa digunakan, iaitu:
a)    Flux yang tidak berkarat (non corrossive)
b)    Flux karat (corrosive)


Soldering Stand
Tempat meletakkan soldering iron yang panas. Soldering stand adalah penting untuk mengelakkan soldering iron dari terkena pengguna, orang lain ataupun bahan-bahan yang mudah terbakar.

No comments:

Post a Comment